New Exora

All New Proton Exora Bold, Exora Prime

















Proton memperkenalkan dua varian terbaharu Exora. Dikenali sebagai Exora Bold Premium dan Exora Prime, inilah MPV terbaik untuk harga di bawah RM100,000. Kedua-dua Exora ini bukan sekadar varian tambahan saja-saja dengan sedikit pembaharuan. Sebaliknya, ia menjadi model pertama Proton yang menerima unit enjin Campro turbo atau CFE (Charge Fuel Efficiency). Enjin turbo itu sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu. Semua orang mahu tahu sejauh mana berkuasanya enjin turbo buatan Proton. Campro CFE ialah unit enjin dengan sistem soft turbo. Maksudnya, turbo bertekanan rendah. Turbo sebegini biasanya menggunakan unit pendesak turbo yang kecil. Kuasa kuda yang dihasilkannya juga rendah. Namun, apa yang penting ialah teknologi itu digunakan untuk mendapatkan tork lebih tinggi.

Harus tahu juga bahawa enjin CFE bukannya unit enjin CPS yang ditambah dengan turbo. Sebaliknya, 70 peratus komponen yang membentuk CFE adalah baharu. Hasilnya, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 138hp @ 5,000rpm dan tork puncak 205nm pada putaran enjin serendah 2,000rpm - 4,000rpm. Menerusi enjin 1.6 liter CFE yang lebih cekap, pelanggan akan rasa lebih prestasi seperti enjin bersesaran 2.0 liter tetapi pengguhaan bahan api menjimatkan.

“Varian ini juga menawarkan gayaan yang eksklusif dan elegan, disertakan bersama kualiti pengendalian Lotus. Malah, ia dipakejkan pada harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan kenderaan sekelas dengannya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.













Kalau enjin Campro CPS boleh membuatkan sesetengah orang sakit jiwa dengan low end torque yang dihasilkannya, Campro CFE seakan-akan sudah menyelesaikan masalah itu dengan agak cemerlang.

Campro CFE digandingkan bersama kotak gear CVT. Transmisi CVT itu bukannya yang sama dengan kotak gear CVT pada model Saga FLX. Tetapi ia merupakan kotak gear CVT baru yang dikenali sebagai CVT3 yang dibina khas buat model Exora Bold Premium dan Prime.

Jika anda duduk di tempat duduk belakang, tidak perlu bimbang tentang keselesaan. Selain boleh mengawal sendiri butang pendingin hawa, penumpang juga tidak kebosanan dengan adanya skrin LCD dan pemain multimedia yang boleh memainkan filem daripada kad SD, USB atau DVD.

Kalau dahulu anda memberi alasan Exora CPS tidak laju, kurang kuasa, tidak ada TV dan macam-macam lagi sehinggakan tidak jadi membelinya, sekarang semua itu sudah ada. Jadi, mahu apa lagi?
sumber